Thursday, July 23, 2009

perutusan YDP


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pertama-tamanya marilah kita mengucapakan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin Nya, dapat lagi kita meneruskan pengajian ilmu 2009/2010.

Di kesempatan ini ingin saya mewakili seluruh pucuk pimpinan PMFSKB 08/09 mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua Mahasiswa tahun satu sesi 2009/2010 terutama sekali pelajar Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Peluang yang dimiliki ini diharap dapat digunakan sebaiknya oleh para mahaisiwa/i sekalian untuk mencari ilmu dan pengalaman sebanyak-banyaknya. Bersyukurlah kita kerana telah terpilih untuk bergelar mahasiswa sedangkan ramai lagi rakan-rakan yang sebaya kita tidak berjaya untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Di sini saya ingin memberi sedikit peringatan agar semua mahasiswa/I sentiasa bersedia mengahadapi alam Universiti yang cukup berbeza dengan alam persekolahan kita sebelum ini. Ini kerana seumpama telah menjadi tradisi pelajar tahun satu akan menghadapi sedikit masalah dalam mengadaptasikan diri dengan suasana belajar dan kehidupan sosial di Universiti ini.

Di samping itu juga saya ingin menyatakan bahawa kami PMFSKB 08/09 sentiasa bersedia membantu anda dalam sebarang permasalahan berkaitan fakulti. Ini untuk memastikan segala kebajikan dan permasalahan pelajar sepanjang berada di bawah naunagan FSKB ini akan terjamin, InsyaALLAH.

Akhir kalam saya sudahi perutusan ini dengan ucapan tahniah dan selamat datang kepada para mahasiswa/I keseluruhannya.

Sekian Terima Kasih & Selamat Maju Jaya.


MUHAMMAD NAIM BIN SULAIMAN

YANG DI-PERTUA

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KAMPUS KUALA LUMPUR.

No comments:

Post a Comment