Saturday, July 18, 2009

peraturan

DASAR DAN PERLEMBAGAAN PMFSKB

1. Memelihara dan menjaga kebajikan ahli-ahli yang merangkumi aspek akademik, agama, kebudayaan, sukan dan etika profesion.
2. Mewakili ahli-ahli dalam mengemukakan kehendak dan kesulitan ahli-ahli kepada pihak UKM untuk kepentingan bersama.
3. Menganjur dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat member manfaat dalam melahirkan mahasiswa/I yang berdedikasi, berakhlak, berdisiplin dan mampu menjadi agen perubahan masyarakat.
4. Memberi sumbangan yang bererti untuk perkembangan masyarakat terutamanya dalam aspek kesihatan.
5. Mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli-ahli dengan kakitangan akademik dan di antara ahli-ahli dengan masyarakat luar kampus melalui aktiviti yang dijalankan.

KEAHLIAN

Keahlian adalah terbuka kepada mahasiswa/I Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) UKM.


Syarat-syarat menjadi ahli

Terbuka secara automatis kepada mahasiswa/I yang mengikuti pengajian di FSKB UKM dan dikehendaki mengisi borang masBolduk menjadi ahli yang dikeluarkan oleh EXCO persatuan ini.

Tanggungjawab bagi ahli

1. Menyokong teguh dasar persatuan.
2. Menghadiri mesyuarat berkenaan dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan persatuan.
3. Berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat.
4. Semua ahli yang bertindak bertentangan dengan prinsip dan dasar persatuan,EXCO berhak melucutkan hak keahliannya.

Hak ahli

1. Semua ahli berhak bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dalam mesyuarat atau mengemukakan kepada EXCO.
2. Semua ahli berhak mengundi dalam mesyuarat.
3. Ahli-ahli berhak memilih dan dipilih untuk sebarang jawatan dalam persatuan.

PERATURAN-PERATURAN PMFSKB

Mesyuarat

1. Semua MT dan EXCO PMFSKB hendaklah hadir tepat pada masanya. Kelewatan sebanyak 3 kali berturut-turut, ahli dikehendaki memohon maaf kepada semua MT dan EXCO PMFSKB.
2. 10-15 minit sahaja tempoh menunggu sebelum mesyuarat.
3. Semua MT dan EXCO PMFSKB hendaklah menghadiri setiap mesyuarat yang dibuat. Surat tunjuk sebab hendaklah diberikan kepada YDP atas setiap ketidakhadiran ke mesyuarat PMFSKB.
4. Surat tunjuk sebab tidak perlu diberikan jika sudah memaklumkan kepada YDP 3 jam sebelum mesyuarat dijalankan.
5. Sebelum mesyuarat dijalankan, digalakkan ahli mendapatkan sebarang feedback daripada siswa/I FSKB agar boleh dibawa ke mesyuarat.
6. Pemakaian ke mesyuarat hendaklah sopan. Bagi wanita hendaklah berstokin dan bertudung bagi yang muslim.
7. Agenda mesyuarat hendaklah diberi oleh SU sebelum mesyuarat untuk salinan kepada exco-exco lain.
8. Setiap mesyuarat ada pengisian yang diberikan (tazkirah@handout)
9. Semasa mesyuarat, telefon bimbit hendaklah ditukar ke “silent mode”.
10. MT berhak mengetahui keadaan dan situasi semua program termasuk gerak kerja program dan permasalahan yang berlaku tanpa dipertikaikan oleh exco-exco.
11. Segala etika mesyuarat dipatuhi dan bilangan siswa dan siswi terkawal (i.e bukan berdua-duaan)

Kelas/Kuliah

1. Ahli perlu mengenali wakil setiap jabatan.
2. Sentiasa memakai tanda nama PMFSKB.
3. Setiap Isnin hendaklah berbaju kurung biru bagi wanita, manakala setiap hari Jumaat hendaklah memakai baju rasmi PMFSKB.
4. Ahli hendaklah memastikan pemakaian adalah kemas bersesuaian dengan profesion yang dipegang.

Akademik

1. Ahli hendaklah memastikan keputusan akademik berada ditahap yang terbaik.
2. Pastikan bidang akademik tidak terabai dan buat pengurusan masa yang baik.
Perhubungan
1. Jalinkan hubungan yang baik dengan semua siswa/i FSKB tidak mengira bangsa dan agama.
2. Sentiasa bertegur sapa sesama ahli apabila berjumpa di kawasan fakulti atau kolej.
3. Pimpinan PMF dilarang memburuk-burukkan ahli pimpinan PMF lain kepada pelajar biasa. Segala permasalahan disampaikan secara terus.


Aktiviti/Program PMFSKB

1. Semua ahli perlu menghadiri dan terlibat dalam setiap aktiviti yang dibuat oleh PMFSKB.

2. Surat tunjuk sebab perlu diberikan atas kegagalan menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan PMFSKB.

3. Agenda mesyuarat dilampirkan pada setiap mesyuarat.

4. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas.

5. Mesyuarat dijalankan dalam tempoh 2 jam.

6. Mesyuarat tamat sebelum pukul 12.00 tengah malam.

7. Tempoh menunggu mesyuarat adalah 10-15 minit sahaja.

8. Perubahan dalam program perlu dimaklumkan kepada pengarah dan seterusnya kepada MT pemantau.

9. Dalam setiap program, perancangan aktiviti di dalam program hendaklah mendapat persetujuan MT terlebih dahulu.

10. Perancangan program hendaklah dihantar kepada MT terlebih dahulu kepada MT untuk diluluskan sebelum pengurusan program dijalankan.



No comments:

Post a Comment