Monday, October 12, 2009











PROGRAM "MASIH ADA YANG SAYANG" (MAYS)

Program anjuran PMFSKB dibawah portfolio Bahagian Hal Ehwal Siswi (BHES) ini telah dijalankan pada 3 Oktober 2009 (Sabtu). Program ini diadakan di Rumah Raudhatus Sakinah (RS) yang terletak di Sg. Buloh. RS merupakan penempatan bagi remaja puteri yang berusia antara 14 hingga awal 20-an yang terlibat dgn masalah sosial. Disini mereka diberi bimbingan dan dibantu dari segi membina semula keyakinan diri disamping diberi penekanan untuk memantapkan kerohanian mereka agar mereka lebih mengenali Pencipta dan sebagai bekalan untuk mereka kembali kepada masyarakat. Program ini disertai oleh 23 orang pelajar dan dirasmikan oleh Prof Madya Dr Ahmad Nazlim. Selain dari aktiviti dalam kumpulan, kami juga menyediakan satu slot ceramah motivasi yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Hidayatulfathi Othman. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sekian....