Wednesday, July 22, 2009

hari ramah mesra pmfst bersama pmfskb





Pada 18 Julai 2009 ( Sabtu ) Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi seramai 14 orang daripada pimpinan mereka telah mengadakan satu lawatan ramah mesra ke Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu di kampus Kuala Lumpur. Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu telah menyambut kedatangan mereka dengan tangan terbuka.Mereka tiba di kampus Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi disambut oleh barisan pimpinan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu yang terdiri daripada MT, exco dan juga SUK. Pada sesi pertama perjumpaan, kami telah berbincang mengenai permasalahan rakan siswa, program-program dan saling bertukar-tukar pendapat dalam hal kepimpinan mahasiswa dn organisasi dalam suasana tidak formal.Setelah itu, kami telah membawa PMFST berjalan-jalan disekitar kampus Kuala Lumpur. Petangnya, kami juga telah membawa mereka ke KTSN untuk merasa perjalanan ke kolej Tun Syed Nasir dengan cara berjalan kaki. Pada pukul 5.30 petang, setelah majlis penutupan, bertukar-tukar cenderamata serta kata-kata akhir daripada kedua-dua Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Fakulti, mereka berangkat pulang. Kami berharap hubungan ukhwah yang terjalin akan berterusan sehingga kepimpinan seterusnya.

Kepimpinan... suatu amanah bukan kuasa, suatu tanggungjawab bukan kebanggaan..

Kehadiran:
PMFST
1. Muhamad Waliyuddin Bin Baharudin (YDP)
2. Nur Izawati Binti Rosli (TYDP)
3. Nur Afiq Bin Shaharuddin (NYDP 1)
4. Nurul Shakireen Bin Mohamad (NYDP 2)
5. Mardhiah Binti Ahmad Tajuddin (NYDP 3)
6. Nurul Syamila Binti Marlan (S/U)
7. Nor Liyana Binti Ahmad (BENDAHARI)
8. Nor Syahida Binti Ismail (TIMB. BENDAHARI)
9. Syafiq Helmi Bin Sulaiman (Exco Kerohanian)
10. Muhammad Nazmi Bin Burhan (Exco Sukan)
11. Aiman Zafri Bin Amiruddin (Exco Ekonomi)
12. Siti Sarah Binti Ahmad Rusli (Exco Ekonomi)
13. Noor Armiza Binti Md Aris (Exco SHES)
14. Fatin Syazana Binti Jamaludin (T. Exco Akademik)

PMFSKB
1. Muhammad Naim Bin Sulaiman (YDP)
2. Muhd Hanis Bin Md Idris (TYDP)
3. Nurzueriani Binti Mohd Ali (NYDP)
4. Muhammad Salahuddin Bin Abu Kassim Junaidi (S/U)
5. Irni Suhana Binti Muhamad (T S/U)
6. Noor Aziella Binti Mohd Nayan (BENDAHARI)
7. Abdul Muin Bin Azmi (T. BENDAHARI)
8. Muhammad Nurhakim Bin Miswan (EPM)
9. Mohamad Faqih bin Hashim (EPP)
10. Noor Shareena Aisha Binti Abd Khalid (BHES)
11. Nur Syahira Binti Mohd Sharif (EMI)
12. Nur Hannah Binti Saa'ri (SUK NYDP)
13. Azlinda Binti Abdullah (SUK T S/U)

No comments:

Post a Comment