Friday, April 2, 2010

GEMA MUNAJAT

"Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang sabar"
-surah Al-Baqarah, 2:153-

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, waktunya hampir tiba untuk gelanggang peperiksaan dibuka semula.
Seronok? Berdebar? Tenson? Bercampur-baur?
Itulah fitrah manusia, sulaman perasaan dicorak sendiri untuk menghiasi seni kehidupan.

Musim peperiksaan menjelang lagi! Peperiksaan ini bukan yang pertama dan bukan juga yang terakhir untuk kita… pengalaman dan perkenalan kita dengan peperiksaan ini bukannya baru, tetapi setiap kali menghadapi peperiksaan dirasakan seperti satu pengalaman yang baru, perasaan yang baru dan pengharapan yang baru. Inilah hebatnya kesan peperiksaan keatas diri pelajar. Ibarat cinta yang tidak pernah lentur dek masa.

InsyaAllah, demi meraikan fitrah manusia yang akan menghadapi ujian, KELAB SAINS BIOPERUBATAN UKM dgn kerjasama Biro Pembangunan Mahasiswa PMFSKB dan PMUKM akan menganjurkan MAJLIS MUNAJAT PERDANA.

butir2nya adalah seperti berikut;

Tarikh : 9-10 April 2010
Waktu : 7.00 malam (9 April) – 7.00 pagi (10 April)
Tempat : Surau D, KTSN

Tentatif

Jumaat (9 April 2010)

7.00 mlm-Para pelajar mula berkumpul di surau
7.30 mlm-Solat maghrib
8.00 mlm-Tadarus al-Quran (Surah Pilihan: Surah Yasin)
8.45 mlm-Solat Isyak
9.10 mlm-Amanat Ketua Jabatan Sains Bioperubatan
9.35 mlm-Sesi maaf bermaafan
9.50 mlm-Bersurai

Sabtu (10 April 2010)

5.00 pg-Para pelajar mula berkumpul di surau
5.10 pg-Qiamullail
-Solat Tahajud
-Solat Taubat
-Solat Hajat
-Solat Witir
5.50 pg-Gegar Subuh
6.10 pg-Solat Subuh
6.20 pg-Tazkirah ringkas
7.00 pg-Senaman

*Yg sudi membawa juadah adalah dialu2kan.
*Rakan2 non-muslim dijemput hadir untuk amanat dan senaman.
*Muslimin dan muslimat dijemput hadir (x kesah kos ape) untuk sama2 kita menadah tangan memohon nusrah Illahi.Semoga doa’2 kita diterima ALLAH dan diberikan kejayaan cemerlang. Kepada Allah jua berserah…….ameeen!