UKM melancarkan Tabung Bantuan Bencana Mangsa Gempa Bumi-Tsunami Jepun, hari ini. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ir. Othman A. Karim, UKM mensasarkan untuk menghasilkan kutipan berjumlah RM 150,000.
Pihak UKM mengharapkan setiap pelajar akan menyumbangkan sekurang-kurangnya RM 5 seorang manakala setiap staf sebanyak RM 10 seorang.
Kutipan akan dijalankan di seluruh UKM termasuk kampus di Kuala Lumpur bermula hari ini sehingga 18 Mac ini.
Selain sumbangan wang tunai secara terus melalui tabung-tabung tersebut, sumbangan juga boleh disalurkan ke nombor akaun Bendahari UKM, 12180005001058 (CIMB). Penyerahan cek atas nama ‘Bendahari UKM’ juga diterima. Setiap penyumbang cek haruslah menulis “Tsunami JEPUN” di belakang cek.
Sumbangan secara atas talian pula hendaklah dirujuk kepada Jabatan Bendahari UKM. Sebarang pertanyaan atau sumbangan secara terus juga boleh diajukan kepada Tuan Haji Misro Jerut di jabatan tersebut.

Jumaat lalu, negara Jepun telah dilanda gempa bumi dengan magnitud 8.9 yang turut mengakibatkan tsunami, manakala angka korban setakat ini sudah melebihi 1,000 orang.
No comments:
Post a Comment