Suatu tabiat saya yang masih tidak dapat saya tinggalkan iaitu menonton televisyen. Antara rancangan yang selalu menarik minat saya adalah Oprah the Show. Dalam salah satu siri tersebut, Oprah ada kongsikan 4 tips untuk menjalani kehidupan yang cemerlang dan berjaya.
1. Take a minute a day to listen to your spiritual voice
Beliau menyeru kita agar meluangkan satu minit setiap hari untuk kita diam seketika dan membenarkan hati kita berkata-kata. Ia dicadangkan dibuat pada waktu pagi sebaik kita terbangun daripada tidur. Lagi pula, saat inilah saat yang terbaik untuk kita muhasabah dan merangka hari baru kita agar lebih baik daripada apa yang telah kita lakukan pada hari semalam.
Pakar motivasi selalu menyatakan bahawa mulakan hari anda dengan senyuman, agar perjalanan pada hari tersebut akan sentiasa positif. Percayalah, sekiranya pagi kita dimulakan dengan sesuatu yang negatif ie kemarahan, kesedihan, kemalasan itu bermakna kita telah kehilangan keseluruhan hari tersebut.
Oleh itu, ingatlah untuk luangkan satu minit setiap pagi untuk mendengar naluri / suara positif diri kita
2. Take attention to your life
Ambil masa untuk kita merangka dan memacu hidup sendiri. Berikan sepenuh perhatian terhadap apa yang berlaku, apa yang akan dilakukan dan apa yang ingin dilakukan dalam hidup ini.
“Those who failed to plan, are plan to fail”
3. Find or create your own spiritual group
Dalam kehidupan ini, kita tidak mampu hidup sendiri. Apatah lagi, hidup ini sentiasa dihampari dengan ujian dan cubaan. Maka, tidak dinafikan semangat kita juga ada turun naiknya, sebagaimana turun naiknya iman kita. Maka kita memerlukan orang-orang sekeliling kita; yang mempunyai persamaan dengan kita; yang mampu memberikan kekuatan semangat kepada kita.
Oleh itu, bagi kita yang diberikan kesempatan oleh Allah untuk mendampingi Usrah atau Islamic Circle, janganlah sia-siakan peluang itu.
4. Find the messages bring by the events happened in your life
Semestinya setiap sesuatu yang berlaku dalam hidup kita ada hikmah yang tersembunyi. Cuma, hikmahnya itu kita perolehi dengan cepat ataupun bakal mengambil sedikit masa. Dalam banyak keadaan, hikmah itu dibongkarkan kepada kita setelah peristiwa hidup kita itu jauh kita tinggalkan di belakang. Satu yang tidak harus kita lupakan, dalam semua perkara, samada perkara kebaikan mahupun keburukan, ada sebab tersembunyi ia dianugerahkan Allah kepada kita. Apa yang penting, bukan apa yang berlaku kepada kita, tetapi apa yang berlaku dalam diri kita.
”The dots are always connected backward”
No comments:
Post a Comment