Saturday, February 19, 2011

Pelepasan Kuliah Pada Hari Pengundian.


Adalah dimaklumkan bahawa pengundian Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia akan diadakan pada 21 Februari 2011 (Isnin). Bagi membantu pelajar menunaikan tanggungjawab mereka membuang undi, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa) telah bersetuju meluluskan pelepasan semua kuliah dan aktiviti akademik yang melibatkan pelajar pra siswazah dan pascasiswazah pada hari Isnin 21 Februari 2011 seperti berikut :

i. Kampus Bangi - 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari

ii. Kampus Kuala Lumpur dan Cheras - 1.00 tengahari
hingga 5.00 petang

Sehubungan dengan itu, semua pelajar adalah diminta supaya membuang undi dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010-2011.

Tunaikan tanggungjawab, pilihan di tangan anda. Selamat mengundi!!!

Semakan tempat dan keputusan pemilihan di sini

No comments:

Post a Comment