Wednesday, January 20, 2010

ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT

ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT


1.1 Tujuan

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada warga UKM yang telah menyumbang kepada nama baik Universiti melalui aktiviti khidmat masyarakat di dalam dan luar UKM. Kedua-dua jenis Khidmat ini merangkumi 3 komponen utama (seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1):

i. Keahlian
ii. Khidmat
iii. Inovasi untuk Masyarakat

Khidmat yang berbayar mengikut perjanjian (perundingan) tidak diambilkira. Kerja yang diberikan honorarium akan diambilkira.


1.2 Syarat Penyertaan

1.2.1 Terbuka kepada semua kakitangan akademik dan bukan akademik UKM.

1.2.2 Pencalonan:

(i) Boleh dibuat berdasarkan tiga (3) kategori:

(a) Ahli Akademik (Kategori Individu)
(b) Pegawai Pengurusan dan Profesional serta Kakitangan Sokongan (Kategori Individu)
(c) Berkumpulan/Kerja Berpasukan

(ii) Calon bagi kategori (i)(a) dan (i)(b) hendaklah mengisi Borang Penyertaan Anugerah Khidmat Masyarakat (Kategori Individu) dan calon (i)(c) hendaklah mengisi Borang Penyertaan Anugerah Khidmat Masyarakat (Kategori Berkumpulan).

(iii) Calon kategori (i)(a) dan (i)(b) hanya perlu mencalonkan diri sendiri sahaja tanpa sokongan mana-mana pihak. Sebaliknya calon kategori (i)(c) hendaklah dicalonkan oleh Dekan, Pengarah atau Ketua Bahagian berkaitan.



1.3 Prosedur Pemilihan

1.3.1 PPKK akan mengedarkan borang penyertaan kepada semua Dekan, Pengarah atau Ketua Bahagian berkenaan.

1.3.2 Pemilihan penerima Anugerah Khidmat Masyarakat akan dibuat oleh Jawatankuasa Anugerah Khidmat Masyarakat yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat.

1.3.3 Penilaian dan keputusan Jawatankuasa Anugerah Khidmat Masyarakat adalah muktamad.


1.4 Kriteria Pemilihan

Penilaian adalah berdasarkan aspek berikut:

1.4.1 Jumlah dan jenis Khidmat Masyarakat (Khidmat kepada masyarakat dalam dan luar Universiti).

1.4.2 Masa yang diluangkan untuk penglibatan.

1.4.3 Usaha yang dijalankan untuk penglibatan.

1.4.4 Impak positif penglibatan kepada masyarakat dan UKM.

1.4.5 Sumbangan ilmu/kepakaran kepada masyarakat dalam dan luar UKM.


1.5 Kategori Anugerah

Tiga (3) kategori anugerah akan diberikan seperti berikut:

(a) Kakitangan Akademik

(b) Kakitangan Bukan Akademik

(c) Berkumpulan/Kerja Berpasukan


1.6 Jenis Anugerah

Wang tunai dan Sijil.




1.7 Maklumat Kepada Calon

i. Calon kategori perseorangan dikehendaki mengisi Borang A: AKTIVITI KHIDMAT BAGI TAHUN ____ Calon Kategori Berkumpulan dikehendaki mengisi Borang B.
ii. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan dokumen atau bukti aktiviti tersebut bagi tujuan pengesahan oleh jawatankuasa pemilih.
iii. Pemilihan pemenang Anugerah Khidmat Masyarakat akan dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dan temubual yang bakal dibuat dengan calon-calon yang disenaraipendek untuk menerima anugerah tersebut. Temubual ini dibuat untuk membolehkan jawatankuasa pemilih meniliti dan menilai kualiti khidmat masyarakat yang diberikan.
iv. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.


DAPATKAN BORANG PENYERTAAN DAN MAKLUMAT LANJUT DI http://pkukmweb.ukm.my/ppkk/doc/ANUGERAH%20KHIDMAT%20MASYARAKAT.pdf

BORANG PENYERTAAN HENDAKLAH DIHANTAR KE PEJABAT DEKAN SEBELUM 30 JANUARI 2010 UNTUK DIPROSES TERLEBIH DAHULU..

SESIAPA YANG MEMPUNYAI MASALAH UNTUK MEMBUKA WEB, BOLEH HUBUNGI IRNI UNTUK MAKLUMAT LANJUT (irny_na@y.c, 014-5157141)
sekian..

No comments:

Post a Comment