Saturday, December 29, 2012

Thursday, December 27, 2012

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN




            SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA PELAJAR FSK...




 sedikit perkongsian kepada pelajar FSK khususnya semoga anda beroleh kejayaan dunia dan akhirat,





untuk petua murah rezeki, kami bawakan khas untuk anda dari laman iluvislam sendiri..

khttp://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2227-20-amalan-murah-rezeki.html#.UNfJo6LEUGI.facebook

Tuesday, December 11, 2012

IMAM SYAFI’E

         

                                         IMAM SYAFI’E 1...Menyebut nama beliau tiada yang terlintas di fikiran melainkan kehebatan yang telah dikurniakan kepada beliau iaitu daya hafalan yang sangat kuat.  Sedikit perkongsian mengenai hidup beliau yang saya ingin kongsikan semoga kita dapat mencontohinya...


 Pada satu hari beliau meminta izin daripada ibunya untuk keluar menuntut ilmu di Madinah. Ia merupakan kali pertama Imam Syafie keluar daripada tempat kelahirannya Makkah dan mengembara untuk meluaskan ilmu.
Apabila tiba di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau terpandang satu majlis ilmu yang disampaikan oleh seseorang yang sangat hebat dalam masjid tersebut. Orang tersebut sedang bersyarah di hadapan begitu ramai anak-anak muda yang kesemuanya khusyuk mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah SAW.
  
  Dengan langkah yang tertib, Imam Syafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Syafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Kerana kehidupannya yang serba miskin, beliau telah menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik di atas tapak tangannya. Tanpa disedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.
Selesai pengajian, Imam Malik memanggil Imam Syafie untuk menegur beliau. Sangkanya Imam Syafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malik bertanya, "Apakah kamu berasal dari Makkah?" Jawab Imam Syafie, "Benar". Imam Malik bertanya lagi, "Mengapakah engkau bermain-main dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?" Jawab Imam Syafie, "Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas dan pena, segala yang tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya menggunakan lidi dan air liur untuk menghafalnya".
 
   Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Syafie, beliau tidak menjumpai sebarang tulisan pun. Beliau terus berkata, "Tetapi kenapa tapak tangan engkau kosong sahaja?"
Kata Imam Syafie, "Benar tuan. Namun demikian, saya telahpun menghafal kesemua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu".
Setelah beliau disuruh membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak ada satu pun hadis yang tertinggal daripada 20 hadis yang diajar hari itu. Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi sebelumnya. Imam Malik begitu tertarik hati dengan kebijaksanaannya.
 
 
 
 
 
2.  Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau    
     membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian: 
         i.1/3 malam untuk berehat. 
         ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan. 
        iii.1/3 malam untuk beribadat.                     
 

3.   Imam al-Syafie pernah bersyair:
 
Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya ALLAH tidak diberikan kepada pelaku maksiat’
 
Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah.
Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya.
Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”
 
 


 

Thursday, December 6, 2012

(PERSATUAN MAHASIWA FAKULTI SAINS KESIHATAN)

(PERSATUAN MAHASIWA FAKULTI SAINS KESIHATAN)       

                              PMFSK  2012/2013

Thursday, November 29, 2012

PELAJAR CEMERLANG

               

                           

        Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran


Menyebutkan tentang pelajar cemerlang kebanyakkan orang hanya terfikir cemerlang dalam peperiksaan. Tapi di sini saya ingin membawa pengertian cemerlang yang diertikan dalam al-Quran.Ia akan membuatkan kita lebih berminda terbuka.Perkara ini bukan hanya untuk muslim sahaja tetapi non-muslim juga boleh mempraktikkanya..
  
ayuh kita renungkan ayat ALLAH dalam surah Al-Mukminun 
 

سُوۡرَةُ المؤمنون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنِ ٱللَّغۡوِ مُعۡرِضُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ (٤)وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِفُرُوجِهِمۡ حَـٰفِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَىٰٓ أَزۡوَٲجِهِمۡ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُہُمۡ فَإِنَّہُمۡ غَيۡرُ مَلُومِينَ (٦)فَمَنِ ٱبۡتَغَىٰ وَرَآءَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡعَادُونَ (٧) وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ (٨) وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٲتِہِمۡ يُحَافِظُونَ (٩) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡوَٲرِثُونَ (١٠)ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (١١)
Firman Allah dalam surah Al Mukminun yang bermaksud:
"1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki [budak-budak belian yang didapat dalam peperangan dengan orang kafir]; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu [zina, homoseksual, dan sebagainya] Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9. Dan orang-orang yang memelihara solatnya.
10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya."


01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa. 
“Sesungguhnya Allah mencintai dan mengasihi orang yang bila mengerjakan sesuatu, selalu memperbaguskan / menyempurnakan perbuatannya.” http://akuislam.com/blog/renungan/orang-orang-yang-di-cintai-allah/#ixzz2Dg3pzRJU

 3.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
“Sesungguhnya Allah menyukai urusan-urusan yang tinggi nilainya lagi mulia dan tidak menyukai urusan yang hina dan rendah martabatnya.”
dari: http://akuislam.com/blog/renungan/orang-orang-yang-di-cintai-allah/#ixzz2Dg493aQM
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

ونفسك إن أشغلتها بالحق وإلا اشتغلتك بالباطل
Jika dirimu tidak tersibukkan dengan hal-hal yang baik (haq), pasti akan tersibukkan dengan hal-hal yang sia-sia (batil).”[3]


    Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]                                         
http://iluvislam.com/

Friday, November 23, 2012

“إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”.



Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.

Dari hadis riwayat Muslim berbunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.

Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud, “Hari ini adalah hari yang besar dimana Allaah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم” bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”.  Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda“أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud, “Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel keatas Firaun”.يعني رمضان) وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.

Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.

Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?

Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim). Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).

Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata  bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.

Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis “حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud,

“Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. 

Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Dikalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai langkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.

Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.

Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.

Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk syarah hadis Muslim no 1136).

Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita kea rah mendaulatkan kembali Islam di Negara, rantau dan dunia ini. Ameen.




Sunday, November 4, 2012

PERHATIAN





                       PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR FAKULTI SAINS KESIHATAN


jangan kalian terlupa untuk mengesahankan kemasukan ke peperiksaan yang bermula esok ..dan jangan lupa ingatkan pula kawan- kawan yang tidak tahu tentang ini dan kepada yang terlupa.


^^,  semoga keputusan peperiksaan anda kian cemerlang dari hari ke hari

Friday, October 12, 2012

                       


             SELAMAT ULANG TAHUN KE 20 FSK


Kami ahli organisasi Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan mengucapkan selamat menyambut  " Ulang Tahun ke 20 FSK" kepada semua masyarakat FSK, baik dari Para Pensyarah yang mengajar mahupun Staf- Staf yang terlibat dan juga kepada semua pelajar FSK semuanya dari tahun 1 hingga tahun 4.


              Khasnya ucapan ini ditujukan kepada para pensyarah yang banyak mengajar kami dari tahun 1  
              hingga tahun empat. Sesungguhnya jasa kalian dalam mendidik kami sangat kami hargai. Siapalah
              gerangannya kami jika tanpa pendidik. Insya ALLAH para pensyarah ini senantiasa dalam setiap
              tiipan doa kami. Tidak lupa juga kepada Staf-staf FSK yang sudi menyelesaikan masalah-masalah
              kami sepanjang menjadi pelajar FSK.


         Akhir coretan saya, semoga Fakulti Sains Kesihatan akan terus maju dalam melahirkan graduan-  
         graduan bekerjaya minda kelas pertama..



                                                            WE LOVE FSK





Monday, October 1, 2012

BANGUNLAH WAHAI GENERASI MUDA



"Wahai para pemuda, kerahkanlah potensi dirimu selagi masih muda kerana aku belum pernah melihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh generasi muda".








Bergelar mahasiswa di universiti bukanlah menuntut kita untuk sekadar belajar menggunakan buku..Kita sepatutnya membuka luas lagi kotak pemikiran, dan kalau mampu sehinggakan pemikiran kita diluar skop fakulti sains kesihatan ini..kalian bolehlah menguruskan masa kalian yang seandainya dihabiskan untuk menonton wayang dengan membaca akhbar-akhabr yang pelbagai...kerana kalian generasi pelapis negara...sudah tiba masanya kalian merasai tanggungjawab yang perlu anda pikul sebagai bakal peneraju negara..memikirkan masalah masyarakat jua perlu kerana ia adalah amanah kepada kita...sebagai mahasiswa pemikiran kita mestilah isu-isu global, kerana barulah layak bergelar mahsiswa....




sedikit perkongsian daripada saya untuk kalian,   menjadi generasi yang gilang gemilang yang dinantikan negara ....




                                                                         selamat mempraktikkanya



Thursday, September 6, 2012

SEBARANG MAKLUMAT PTPTN

http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/092012/bul_05092012-7.pdf




BAKARKAN SEMANGAT ANDA..TEKADKAN AZAM ANDA




"AYUH KEMBALI BERSEMANGAT!!!!   KITA ADALAH GENERASI HEBAT YANG SELAMA INI DINANTIKAN DI DALAM NEGARA...".   


Thursday, August 23, 2012

ayuh berubah

                                                 


                 


                                              

Sunday, February 19, 2012

Semester 2 bakal menjelang, dah cek result belum?

Setelah hampir 1 bulan bercuti, kini sesi pengkuliahan untuk Sem 2 Sesi 2011/2012 kini bakal bermula kembali..
YEAY!!!

X sabar mahu berjumpa kawan-kawan.. Belajar topik-topik baru yang menarik...
~ Apakah AZAM baru anda untuk menghadapi Sem hadapan??
~ Sudah siapkah peralatan perang anda menuju medan jihad belajar??

Kalau YA.. good job! Fight-o-oh!! for da next Sem. Selamat menjadi Mahasiswa Cemerlang & Prihatin!

Kalau BELUM.. tunggu apa lagi, LEKAS! persiapkan dirimu.. anda hanya tinggal kurang dari 24 jam SAHAJA untuk bersedia bagi sesi pengkuliahan Sem 2 Sesi 2011/2012. Ini Serioussss!!!


Sebelum itu, sudahkah anda semak keputusan peperiksaan anda untuk Semester yang lepas?
Jika BELUM, sila klik disini https://smp.ukm.my/smpweb/

So, bagaimanakah result anda CEMERLANG atau KURANG CEMERLANG?

Sama ada keputusan itu cemerlang atau sebaliknya, itu adalah hasil daripada apa yang telah anda usahakan. Maka berbahagialah.. (^_^)

Mungkin pada pandangan anda keputusan anda itu sangat menyedihkan.. namun anda haruslah ingat, apa yang telah ditakdirkan itu adalah yang terbaik buat diri anda.

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Quran, Surah Al Baqarah:216)

let bygones be bygones ... Perkara telah pun berlaku. Keputusan telah pun dikeluarkan. Jadi, apakah yang perlu kita lakukan sekarang??
Face da reality with ur BRAIN & IMAN.. Dis is not the end of ur life,U know!
~Kenalpasti apakah kekurangan bagi teknik pembelajaran anda pada Semester yang lepas.
U have to CHANGE my friends!

HENSHIN!!!

Bagi anda yang berjaya dengan cemerlang, jangan sama sekali tinggalkan kawan-kawan anda yang menghadapi masalah dalam pembelajarannya. Mungkin hari ini adalah hari mereka, siapa tahu hari akan datang kita pula yang memerlukan bantuan orang disekeliling kita.
Itulah indahnya hidup bermasyarakat apabila kita saling tolong-menolong ^_^

Apa yang penting?? KERJASAMA

U can do it! Jiayou2! Aja-aja fighting! Bbasyahh!