Tuesday, October 11, 2011

Siswa Siswi FSK UKM KECEWA dengan 'Encik BAKA'

Pendaftaran Kursus bagi tahap pengajian Prasiswazah telah tamat

Mahasiswa FSK mengalami hypotension disebabkan banyak kursus yang tidak dapat didaftarkan pada semester kali ini kerana kekurangan jam kredit. Setelah beberapa siri perbincangan antara pelajar dan Bahagian Akademik atau lebih dikenali sebagai 'Encik BAKA', solusi yang diberi adalah para mahasiswa dibenarkan memohon pertambahan jam kredit melalui borang hijau yang disediakan. Disamping itu, pihak BAKA sendiri telah menyatakan bahawasanya pertambahan jam kredit hanya akan diluluskan bagi kursus Pengajian Umum (PPU). Namun, setelah sesi pengesahan bermula, perkara sebaliknya berlaku, ramai pelajar merungut bahawa terdapat beberapa kursus yang didaftarkan semasa Sesi Daftar Kursus tidak disenaraikan dalam senarai kursus yang hendak disahkan.

Persoalan utama:
- Bukankah pertambahan jam kredit bagi kursus PPU akan diluluskan? Siapakah yang seharusnya bertanggungjawab menguruskan hal ini BAKA FSK atau PPU Bangi?

Kami telah berhubung dengan 'Encik BAKA' perihal ini, namun jawapan yang diberikan meningkatkan kadar hypotension dalam kalangan mahasiswa.

" Pihak Bangi tidak sempat memasukkan maklumat ke dalam sistem, sila tunggu beberapa hari lagi dan boleh menyemak semula di SMPWEB sama ada hari ini, esok atau lusa," BAKA.

Persoalannya,
- Bukankah Sesi Pengesahan Pendaftaran Kursus telah bermula? Sampai bilakah para pelajar harus menanti dan terus menanti agar sistem ini berjalan seperti yang sepatutnya?

Tahukah anda, bagi para mahasiswa yang gagal membuat Pengesahan Pendaftaran Kursus dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan denda.

"Kami tidak dapat mengesahkan kursus di SMPWEB sekarang kerana kami perlu menunggu sehingga pihak Bangi memasukkan maklumat terlebih dahulu. Namun sekiranya kami lambat untuk mengesahkan, kami dikehendaki membayar denda. Kehidupan sebagai seorang pelajar FSK agak sibuk, hal ini menyebabkan kami terpaksa membuang masa belajar kami untuk berjumpa 'Encik BAKA' dan menyemak maklumat di dalam SMPWEB tiap-tiap hari. Hal ini sangat memberi kesan negatif dan mengganggu 'mood study' kami selagi mana hal ini tidak diselesaikan," kata salah seorang pelajar Fakulti Sains Kesihatan.