Sunday, February 19, 2012

Semester 2 bakal menjelang, dah cek result belum?

Setelah hampir 1 bulan bercuti, kini sesi pengkuliahan untuk Sem 2 Sesi 2011/2012 kini bakal bermula kembali..
YEAY!!!

X sabar mahu berjumpa kawan-kawan.. Belajar topik-topik baru yang menarik...
~ Apakah AZAM baru anda untuk menghadapi Sem hadapan??
~ Sudah siapkah peralatan perang anda menuju medan jihad belajar??

Kalau YA.. good job! Fight-o-oh!! for da next Sem. Selamat menjadi Mahasiswa Cemerlang & Prihatin!

Kalau BELUM.. tunggu apa lagi, LEKAS! persiapkan dirimu.. anda hanya tinggal kurang dari 24 jam SAHAJA untuk bersedia bagi sesi pengkuliahan Sem 2 Sesi 2011/2012. Ini Serioussss!!!


Sebelum itu, sudahkah anda semak keputusan peperiksaan anda untuk Semester yang lepas?
Jika BELUM, sila klik disini https://smp.ukm.my/smpweb/

So, bagaimanakah result anda CEMERLANG atau KURANG CEMERLANG?

Sama ada keputusan itu cemerlang atau sebaliknya, itu adalah hasil daripada apa yang telah anda usahakan. Maka berbahagialah.. (^_^)

Mungkin pada pandangan anda keputusan anda itu sangat menyedihkan.. namun anda haruslah ingat, apa yang telah ditakdirkan itu adalah yang terbaik buat diri anda.

...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Quran, Surah Al Baqarah:216)

let bygones be bygones ... Perkara telah pun berlaku. Keputusan telah pun dikeluarkan. Jadi, apakah yang perlu kita lakukan sekarang??
Face da reality with ur BRAIN & IMAN.. Dis is not the end of ur life,U know!
~Kenalpasti apakah kekurangan bagi teknik pembelajaran anda pada Semester yang lepas.
U have to CHANGE my friends!

HENSHIN!!!

Bagi anda yang berjaya dengan cemerlang, jangan sama sekali tinggalkan kawan-kawan anda yang menghadapi masalah dalam pembelajarannya. Mungkin hari ini adalah hari mereka, siapa tahu hari akan datang kita pula yang memerlukan bantuan orang disekeliling kita.
Itulah indahnya hidup bermasyarakat apabila kita saling tolong-menolong ^_^

Apa yang penting?? KERJASAMA

U can do it! Jiayou2! Aja-aja fighting! Bbasyahh!


Tuesday, October 11, 2011

Siswa Siswi FSK UKM KECEWA dengan 'Encik BAKA'

Pendaftaran Kursus bagi tahap pengajian Prasiswazah telah tamat

Mahasiswa FSK mengalami hypotension disebabkan banyak kursus yang tidak dapat didaftarkan pada semester kali ini kerana kekurangan jam kredit. Setelah beberapa siri perbincangan antara pelajar dan Bahagian Akademik atau lebih dikenali sebagai 'Encik BAKA', solusi yang diberi adalah para mahasiswa dibenarkan memohon pertambahan jam kredit melalui borang hijau yang disediakan. Disamping itu, pihak BAKA sendiri telah menyatakan bahawasanya pertambahan jam kredit hanya akan diluluskan bagi kursus Pengajian Umum (PPU). Namun, setelah sesi pengesahan bermula, perkara sebaliknya berlaku, ramai pelajar merungut bahawa terdapat beberapa kursus yang didaftarkan semasa Sesi Daftar Kursus tidak disenaraikan dalam senarai kursus yang hendak disahkan.

Persoalan utama:
- Bukankah pertambahan jam kredit bagi kursus PPU akan diluluskan? Siapakah yang seharusnya bertanggungjawab menguruskan hal ini BAKA FSK atau PPU Bangi?

Kami telah berhubung dengan 'Encik BAKA' perihal ini, namun jawapan yang diberikan meningkatkan kadar hypotension dalam kalangan mahasiswa.

" Pihak Bangi tidak sempat memasukkan maklumat ke dalam sistem, sila tunggu beberapa hari lagi dan boleh menyemak semula di SMPWEB sama ada hari ini, esok atau lusa," BAKA.

Persoalannya,
- Bukankah Sesi Pengesahan Pendaftaran Kursus telah bermula? Sampai bilakah para pelajar harus menanti dan terus menanti agar sistem ini berjalan seperti yang sepatutnya?

Tahukah anda, bagi para mahasiswa yang gagal membuat Pengesahan Pendaftaran Kursus dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan denda.

"Kami tidak dapat mengesahkan kursus di SMPWEB sekarang kerana kami perlu menunggu sehingga pihak Bangi memasukkan maklumat terlebih dahulu. Namun sekiranya kami lambat untuk mengesahkan, kami dikehendaki membayar denda. Kehidupan sebagai seorang pelajar FSK agak sibuk, hal ini menyebabkan kami terpaksa membuang masa belajar kami untuk berjumpa 'Encik BAKA' dan menyemak maklumat di dalam SMPWEB tiap-tiap hari. Hal ini sangat memberi kesan negatif dan mengganggu 'mood study' kami selagi mana hal ini tidak diselesaikan," kata salah seorang pelajar Fakulti Sains Kesihatan.

Sunday, September 4, 2011

Hari Raya Aidilfitri vs Hari Kemerdekaan - Satu Kemenangan


Mengapa kedua-dua hari ini dikaitkan berdua? Tahukah sahabat-sahabat Hari Raya Aidlfitri, 1 Syawal pada tahun ini jatuh pada 30 Ogos mengikut kalender masihi berturutan dengan hari bersejarah negara, siapa tidak tahu tanggal 31 Ogos, Hari Kemerdekaan negara kita.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar..

Bergema takbir raya oleh BADAR UKMKL & ISIUKM


Dalam kehibaan kita melambai-lambai syahrul Quran yang sudah berangkat pergi meninggalkan kita, mudah-mudahan Syawal yang menyapa menggantikan Ramadhan akan menjadi bulan muhasabah dan bulan kemenangan buat kita semua. Secara bahasa, Syawal bererti meningkat atau peningkatan. Bagi mereka yang berpuasa dan beribadah sepanjang Ramadhan kerana iman, maka pada Syawal ini adanya peningkatan kebaikan dalam dirinya. Merekalah orang-orang yang mendapatkan manfaat Ramadhan dan mendapatkan kemenangan. Minal Aidin wal Faizin.

Hamba Ramadhani?

Tetapi bagi mereka yang berpuasa sekadar menggugurkan kewajiban sahaja, maka yang mereka dapatkan hanyalah lapar, haus dan lelahnya saja. Nah, orang-orang yang termasuk dalam kategori inilah yang kemungkinan besar meningkat keburukannya justru setelah keluar dari Ramadhan. Maka bagi mereka Ramadhan bukanlah sekolah atau training centre untuk perbaikan tingkah laku dan akhlak, tetapi merupakan penjara, yang mengekang semua kebebasan. Oleh kerana itulah, tatkala masuknya bulan Syawal, mereka merasa merdeka untuk melakukan apa saja.

Sedih tatkala melihat Syawal menjadi bulan kecundang keimanan dan hawa nafsu kembali menguasai diri. Ternyata kita hanya menjadi seorang Ramadhani sahaja,

iaitu orang yang mengingati Allah kala Ramadhan sahaja. Dalam sebuah ceramah Syeikh Al-Qardhawi mengatakan bahawa barangsiapa yang menyembah bulan Ramadhan, sesungguhnya bulan Ramadhan itu telah pergi dan berlalu. Sementara Allah tidak pernah mati dan senantiasa hidup. Di antara orang salaf ada yang berkata:

“Seburuk-buruk orang ialah yang tidak mengenal Allah kecuali pada bulan Ramadhan. Maka jadikanlah diri anda seorang Rabbani, dan jangan menjadi Ramadhani.”

Muhasabah bersama, benarkah Ramadhan menemukan kita dengan hidayah dan kesedaran, khusyuk dalam amalan, ikhlas dalam berbuat kebajikan dan tulus dalam memberi sumbangan? Benarkah Ramadhan telah menanamkan kekuatan, keazaman dan semangat yang cukup untuk kita meneruskan perjalanan selama setahun lagi sebelum kita bertemu dengan Ramadhan yang akan datang? Benarkah Syawal yang sedang kita raikan saat ini merupakan hari kemenangan buat kita?

Siapa Yang Menang?

Matlamat akhir Ramadhan adalah untuk menumbuhkan ketaqwaan bagi mereka yang berpuasa. Itulah kemuncak kemenangan. Kemenangan adalah tujuan dari sebuah perjuangan. Sebulan kita telah berjuang, itupun jika kita berjuang. Bagi yang berjuang, tidak ada yang tahu dan pasti, seberapa besarkah sebuah pencapaian itu memberi makna kemenangan bagi sang pejuang. Namun yang pasti, tidak ada jalan mudah untuk mencapai kemenangan itu. Apakah kita memperoleh kemenangan itu? Apakah kita berjaya memperoleh piala taqwa?

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itulah yang mendapatkan kemenangan.” (An-Naba’ : 31)

Menang itu penting, tapi bertaqwa itu jauh lebih penting. Menang itu penting, tapi bertaqwa itu jauh lebih menang. Menang itu penting, tapi bertaqwa itu jauh lebih utama. Orang-orang yang memenangkan suatu pertandingan, peraduan, ataupun ujian, baik dalam bidang apapun, bersukan, belajar, berpolitik, bekerja, maka jika kemenangannya dengan cara yang tidak bertaqwa, dengan cara yang batil, manipulasi, mencuri, korupsi, dan rasuah, maka mereka yang menang dengan cara yang licik itu lebih berhak untuk bersahabat abadi dengan neraka yang menggelora.

Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya taqwa. Jangan menunggu menang baru bertaqwa, tapi bertaqwalah maka kita akan menang. Jangan menunggu kaya baru bertaqwa, tapi bertaqwalah maka kita akan kaya. Begitulah janji Allah. Allah akan memberikan kemenangan yang sejati kepada orang-orang yang bertaqwa, dan Allah akan memberikan kekayaan yang sejati kepada orang-orang yang bertaqwa. Luarbiasa kuasa taqwa, beruntunglah bagi mereka yang perjalanan akhir Ramadhannya mendekati nilai taqwa. Firman Allah dalam Surah Ath Thalaaq ayat 2-3;

“…Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Ia akan memberikan kepadanya jalan keluar (dari permasalahan hidupnya). Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan, bagi setiap sesuatu.”

Amalan Seperti Perempuan Gila?

Waspadalah, jangan sampai sikap dan amalan kita seperti perempuan gila yang tinggal di Mekah pada zaman dahulu, namanya Riithah bintu Sa’d. Dia telah memintal benangnya seharian penuh dengan pintalan yang kuat, lalu dia menguraikan kembali pintalannya itu, maksudnya dia merosakkan kembali pintalan yang telah kokoh dibuatnya. Maka Allah SWT berfirman:

”Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat, menjadi cerai berai kembali,… (An-Nahl: 92)

Perumpamaan ini menggambarkan situasi sebahagian kita, yang dengan hanya selesai dari Ramadhan begitu cepatnya kembali kepada perbuatan dosa dan maksiat. Padahal selama sebulan penuh dia solat, puasa, tadarus Al Quran, solat malam dengan khusyuk, menangis (kerana mengingati kesalahannya), berdoa, dan merendahkan diri di hadapan Allah. Dengan itu semua dia telah mngumpulkan kebaikannya, hatta terkadang saat berada pada kemuncak beramalnya berharap diambil nyawanya oleh Allah pada saat yang seperti itu, kerana banyaknya kebaikan yang dia telah dapatkan berupa kelazatan ibadah dan ketaatan. Akan tetapi, sebahagian kita mengurai dan menghapuskan semua itu setelah terbenamnya matahari di hari terakhir bulan Ramadhan.

Taqwa Adalah Oksigen

Taqwa adalah oksigen bagi kita. Tanpa taqwa, kehidupan kita tidak ada maknanya di sisi Allah. Rasulullah SAW pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda;

“Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya”. (Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas RA)

Kita memerlukan kuasa taqwa yang tinggi untuk kembali membina struktur asas ummat Islam yang kian runtuh. Taqwa adalah formula tepat untuk memproses penawar bagi memulihkan kecederaan iman yang sangat parah dewasa kini, khasnya dikalangan generasi muda hari ini. Justeru, teruskanlah usaha anda membina taqwa kerana inilah hakikat ibu segala kemenangan yang akan membersihkan jiwa kita, mengampuni dosa kita dan memperbaiki prestasi amal kita. Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Al Ahzab: 70 -71)

Mudah-mudahan kita termasuk orang yang lebih baik dari itu. Mudah-mudahan Ramadhan ini membekas di hati kita dan kebiasaan-kebiasaan baik yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan ini menjadi tetap. Jika tidak 100% melekat, mungkin sekian persen sahaja. Mudah-mudahan…

© Langitilahi.com

Sumber: http://langitilahi.com/4535/pemuda-syawal-menanglah-dengan-taqwa/


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka kah kita? Tapi sedarkah kita apa makna kemerdekaan? Kamus Dewan memberi makana merdeka sebagai (1) bebas daripada penjajahan, kurungan dan naungan; (2) lepas daripada tebusan dan tuntutan; (3) berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain. Tafsiran merdeka ini berbeza bagi setiap orang jika kita mengupas maksudnya secara spesifik.

Ya, kita mungkin telah berjaya membebaskan negara kita dari para penjajah barat 53 tahun yang lalu namun sedarkah kita negara kita masih terpengaruh dengan budaya barat. Fesyen, sosial, makanan, pentadbiran negara.. semua masih barat. Jadi bagaimanakah yang diklasifikasikan sebagai MERDEKA??

Sedar atau tidak, minda anak Malaysia sudah banyak dieksploitasikan oleh anasir barat dek mengejar era modenasasi negara. Bahasa rojak kini dimartabatkan. Pemakaian anak muda mahupun anak tua sudah banyak terpengaruh. Perhubungan sosial yang terlampau terbuka yang membawa kepada kepincangan masyarakat sehingga agama diabaikan. Hedonisme iaitu serangan hiburan, musik yang terlalu bermaharajalela dalam negara kita. Pusat hiburan juga mudah didapati di kebanyakan tempat.

AWAS!!! Serangan pemikiran ini jauh lebih berbahaya berbanding serangan fizikal. Ia membawa kepada kehancuran ekonomi dan sahsiah terutamanya yang berpanjangan dalam keadaan kita tidak sedar.
Jadi persoalannya, bilakah negara kita akan kecapi kemerdekaan yang sebenarnya? Bukalah mata anda dan selamat berjuang demi mencapai KEMENANGAN yang didambakan.

Wednesday, August 24, 2011

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENANGGUHAN YURAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU IPTA

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENGENAI PENANGGUHAN YURAN PENDAFTARAN
BAGI PELAJAR-PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2011/2012
DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

TARIKH : 24 OGOS 2011.



Sebanyak 41,267 tempat telah ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf di 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2011/2012. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 1.9% berbanding tahun sebelumnya apabila hanya menyaksikan jumlah pengambilan pelajar sebanyak 40,506.

Bagi memudahkan urusan pendaftaran kelak, para pelajar baharu tidak perlu membayar yuran semasa sesi pendaftaran. Yuran pendaftaran itu hanya akan ditolak daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dipohon sebaik sahaja pinjaman mereka diluluskan.

Keputusan ini diambil bagi meringankan beban pelajar dan keluarga khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Ini juga bertepatan dengan hasrat kerajaan memperjuangkan pendemokrasian pendidikan yang ingin memastikan akses kepada pengajian tinggi di kalangan rakyat sentiasa dipertingkatkan.

Penangguhan yuran pendaftaran ini pernah diperkenalkan pada tahun lalu dan pada tahun ini ia diteruskan lagi bertujuan membantu dan memudahkan urusan pendaftaran.

Sesi pendaftaran pengajian 2011/2012 akan bermula 3 September 2011.

Monday, August 1, 2011

Ada Apa Dengan RAMADHAN??

Ramadhan merupakan 1 bulan di dalam bulan-bulan Islam dimana menjadi Kewajipan ke atas seluruh umat Islam utuk berpuasa selama 1 bulan.
PUASA??
Puasa bererti menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga maghrib.




Kelebihan Berpuasa dari aspek Kesihatan

1. Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, dalam sebuah bukunya Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

ebook fast Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.

2. Dr. Yuri Nikolayev - Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting.

3. Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi.

4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

5. Elson M. Haas M.D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahawa puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawal, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr. Muhammad Munib dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kaji selidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak
(total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan. Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Terdapat pelbagai lagi kebaikan dari amalan berpuasa.
So, Jom Puasa!!!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tingkatkan amal kebaikan di bulan yang mulia ini. RAMADHAN KAREEM.. moga diberkati~

Sebelum terlupa, mari berniat puasa untuk esok hari: