Wednesday, July 21, 2010

PENGUMUMAN PTPTN



Penghantaran & Pernyemakan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Pendidikan PTPTN bagi semester 1 sesi 2010/2011 UKM kampus Kuala Lumpur & PPUKM (Kelompok 1)

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi semester 1 sese 2010/2011 Kelompok 1, pelajar dikehendaki menghantar SURAT TAWARAN dan DOKUMEN PERJANJIAN pada:

Tarikh: 28, dan 29 Julai 2010 (Rabu dan Khamis)
Masa : 9.00 pg-4.30 ptg
Tempat: Ruang Legar, Tingkat 1 Blok E (TIBE) UKM Kuala Lumpur

p/s: pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil-sijil perlu disahkan untuk mengelak sebarang kesulitan.

Wednesday, July 14, 2010

JUALAN LABCOAT

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR FSKB.

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu mengadakan jualan labcoat dengan harga yang sangat rendah iaitu hanya RM10 sehelai.
Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk membeli anda boleh mengisi nama di senarai yang disediakan di papan kenyataan PMFSKB.
Selain itu, anda juga boleh menghubungi Exco Keusahawanan PMFSKB iaitu Nor Rashidah (Audiologi/2) . Sekian, dari kami. Harap maklum.

Friday, July 9, 2010

Borang Soal Selidik Pemantauan Kafetaria Kampus Kuala Lumpur

Perhatian kepada semua mahasiswa/i fskb...

Di dalam meningkatkan mutu dan kualiti UKM dalam memberikan perkhidmatan....Satu Borang Soal Selidik telah dikeluarkan untuk memantau perkhidmatan yang telah diberikan oleh kafetaria kampus kuala lumpur....

sehubungan dengan itu, borang soal selidik boleh dicapai melalui URL http://www.medic.ukm.my/kafe/
dibuka daripada 1 julai hingga 20 julai 2010

semoga dengan penilaian anda semua dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan UKM