Wednesday, August 24, 2011

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENANGGUHAN YURAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU IPTA

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENGENAI PENANGGUHAN YURAN PENDAFTARAN
BAGI PELAJAR-PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2011/2012
DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

TARIKH : 24 OGOS 2011.



Sebanyak 41,267 tempat telah ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf di 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2011/2012. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 1.9% berbanding tahun sebelumnya apabila hanya menyaksikan jumlah pengambilan pelajar sebanyak 40,506.

Bagi memudahkan urusan pendaftaran kelak, para pelajar baharu tidak perlu membayar yuran semasa sesi pendaftaran. Yuran pendaftaran itu hanya akan ditolak daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dipohon sebaik sahaja pinjaman mereka diluluskan.

Keputusan ini diambil bagi meringankan beban pelajar dan keluarga khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Ini juga bertepatan dengan hasrat kerajaan memperjuangkan pendemokrasian pendidikan yang ingin memastikan akses kepada pengajian tinggi di kalangan rakyat sentiasa dipertingkatkan.

Penangguhan yuran pendaftaran ini pernah diperkenalkan pada tahun lalu dan pada tahun ini ia diteruskan lagi bertujuan membantu dan memudahkan urusan pendaftaran.

Sesi pendaftaran pengajian 2011/2012 akan bermula 3 September 2011.

Monday, August 1, 2011

Ada Apa Dengan RAMADHAN??

Ramadhan merupakan 1 bulan di dalam bulan-bulan Islam dimana menjadi Kewajipan ke atas seluruh umat Islam utuk berpuasa selama 1 bulan.
PUASA??
Puasa bererti menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga maghrib.




Kelebihan Berpuasa dari aspek Kesihatan

1. Allan Cott, M.D - Seorang pakar dari Amerika Syarikat, dalam sebuah bukunya Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain:
a. To feel better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).

ebook fast Antara buku tulisan Allan Cott, M.D berkaitan puasa.

2. Dr. Yuri Nikolayev - Pengarah bahagian diet di Moscow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting.

3. Alvenia M. Fulton - Direktor Lembaga Makanan Sihat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi.

4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.

5. Elson M. Haas M.D. - Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building( toning). Elson percaya bahawa puasa bermanfaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawal, meningkatkan daya tahan tubuh.

Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon melawan stress. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.

7. Dr. Muhammad Munib dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kaji selidik terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap kandungan protein, total lemak
(total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya penurunan parsial dan ringan pada berat badan. Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga menghasilkan energi yang lebih meningkat.

Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy the physician within!”

Terdapat pelbagai lagi kebaikan dari amalan berpuasa.
So, Jom Puasa!!!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tingkatkan amal kebaikan di bulan yang mulia ini. RAMADHAN KAREEM.. moga diberkati~

Sebelum terlupa, mari berniat puasa untuk esok hari:

Wednesday, April 20, 2011

| Tarikh Sesi Akademik 2011/2012 |

PRASISWAZAH - FSKB

Fakulti

Kegiatan

Semester I

Tarikh

Tempoh


FSKB

Pendaftaran Diri Pelajar Baru & Minggu Mesra Pelajar (MMP)

4 Sept - 11 Sept. 2011

1 minggu

Sesi

Pembelajaran

12 Sept - 4 Nov 2011

8 minggu

Cuti Pertengahan Semester/Cuti Perayaan

5 Nov - 13 Nov 2011

1 minggu

Sesi Pembelajaran

14 Nov - 23 Dis 2011

6 minggu

Cuti Ulangkaji/Cuti Perayaan

24 Dis 2011 - 2 Jan 2012

1 minggu

Peperiksaan

03 Jan - 20 Jan 2012

3 minggu

Cuti Semester

21 Jan - 19 Feb 2012

4 minggu


Fakulti

Kegiatan

Semester II

Tarikh

Tempoh

FSKB

Sesi Pembelajaran

20 Feb - 6 April 2012

7 minggu

Cuti Pertengahan Semester/Cuti Perayaan

7 April - 15 April 2012

1 minggu

Sesi Pembelajaran

16 April - 1 Jun 2012

7 minggu

Cuti Ulangkaji/Cuti Perayaan

2 Jun - 10 Jun 2012

1 minggu

Peperiksaan

11 - 30 Jun 2012

3 minggu

Cuti Semester

1 Julai - 9 Sept 2012

10 minggu


Fakulti

Kegiatan

Semester III

Tarikh

Tempoh

FSKB

Sesi Pembelajaran

2 Julai - 17 Ogos 2012

7 minggu

Cuti Ulangkaji/Cuti Perayaan

18 Ogos - 26 Ogos 2012

1 minggu

Peperiksaan

27 - 30 Ogos 2012

1 minggu


[Nota]

Semester 1

Semester 2

Semester 3

Monday, April 4, 2011

FINAL EXAM datang lagi!!



STRATEGI SERTA PETUA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

(TIPS SEJENAK BERSAMA DATO’ DR. HJ MOHD FADZILAH KAMSAH )


1)Bagaimana mahu mendapat keberkatan ilmu?

•Memasang niat yang ikhlas
•Sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu-bapa
•Mendoakan guru-guru dan pensyarah yang mengajarkan ilmu
•Memohon maaf serta pohon halalkan ilmu yang telah diajar oleh guru
•Meminta guru serta pensyarah juga mendoakan untuk diri kita
•Menjaga ibadah kita kepada Allah
•Memiliki hati yang terang serta bersih dengan sentiasa bertaubat,serta beristighfar
•Sentiasa dalam berkeadaan berwudu’
•Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain
•Memakan makanan yang halal
•Pecahkan kitaran sengsara dalam hidup,ertinya menghentikan perbuatan tidak elok

2)Bagaimana melatih diri?

•Memprogram minda agar sentiasa positif dalam apa jua kerja kita
•Sentiasa buat latihan menjawab soalan dengan jawapan lengkap kemudian membuat rujukan dengan pensyarah atau guru
•Latih tubi jawab soalan dalam kumpulan
•Melatih diri menjawab soalan sepertimana dalam suasana peperiksaan
•Membuat dan merangka peta minda bagi subjek-subjek berkaitan
•Menjadikan sebuah“study room” bagi tujuan bilik gerakan peperiksaan
•Sentiasa mengingatkan diri dengan baki bilangan hari peperiksaan
•Meletakkan kata perangsang kejayaan pada sudut tempat belajar/gambar
•Kenalpasti rakan sebelah anda atau sekeliling di dewan peperiksaan agar tidak gemuruh

3)Malam sebelum hari peperiksaan

•Melakukan solat taubat,hajat,witir
•Sediakan semua bekalan untuk peperiksaan, baju, stokin, alat tulis, slip peperiksaan
•Amalkan meminum air masak
•Memiliki jam tangan(berjarum) agar mudah merangka masa menjawab soalan
•Jangan menonton televisyen sebelum tidur
•Tidur awal sebelum peperiksaan dan mengunci jam loceng agar tidak bangun lewat
•Berdoa kepada Allah dan sentiasa berfikiran positif

4)Di pagi peperiksaan

•Bangun pagi dengan memotivasikan diri untuk berjaya
•Mandi dengan air panas agar badan segar( basuh hujung kaki dahulu kemudian barulah kebahagian atas)
•Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh
•Sarapan pagi terlebih dahulu
•Minum air berglukosa pada waktu pagi
•Memakai wangian yang sederhana bau,minyak rambut dan sebagainya
•Bersalam dengan ibu-bapa sebelum pergi
•Keluar dengan langkah kaki kiri dahulu dengan membaca doa
•Pergi awal ke dewan peperiksaan




SEMOGA SEGALA ILMU YANG KITA ADA DAPAT DIAMALKAN DENGAN SEBAIKNYA

Monday, March 28, 2011

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN MAHASISWA
FAKULTI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
SESI 2009/2010

Tarikh: 29 Mac 2011 (Selasa)
Tempat: Dewan Serbaguna, KTSN
Masa: 8.oomalam

Semua dijemput hadir!

Wednesday, March 23, 2011

Program Lonjakan Minda!

26-27 MAC 2011

Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang

"Generasi Berwawasan Aspirasi Negara"

Monday, March 21, 2011

UCAPAN DASAR PRESIDEN PMUKM SESI 2010/2011 (PART 2)


PEMBANGUNAN INSAN DAN KEPIMPINAN BERINTEGRITI

Kepimpinan kali ini meletakkan paksi pembangunan insan dan kepimpinan berintegriti sebagai dasar ke arah melahirkan mahasiswa yang mempunyai pelbagai kepakaran dan kemahiran generik sejajar dengan matlamat pendidikan negara. Usaha ini juga bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang memiliki jati diri yang unggul dan menjadi ikon di mata masyarakat khususnya generasi muda. Pembangunan insan didefinisikan sebagai usaha berterusan memupuk dan mengembangkan potensi dalam diri manusia supaya subur dan kental keimanannya serta berupaya dalam menyumbang ke arah kebaikan dan kesejahteraan diri, masyarakat dan juga alam sejagat.

Setiap insan memiliki potensi tersendiri yang boleh digilap dan diserlahkan. Oleh itu, berteraskan garis panduan yang telah digarapkan dalam setiap agama yang dianuti oleh setiap kaum di perbukitan ilmu UKM yang dicintai ini, kepimpinan kami mensasarkan seluruh mahasiswa agar menerapkan nilai moral yang tinggi dan akhlak mulia sebagai corak keperibadian diri tanpa terpengaruh dengan budaya dan gejala yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan keintelektualan mahasiswa itu sendiri.

Di samping itu, dalam misi untuk mencapai hasrat murni ini, kami akan bersama-sama memacu mahasiswa dalam mencorakkan personaliti yang disematkan dengan jati diri kebangsaan dan dipayungi oleh budaya ketimuran baik dari segi pemakaian, pergaulan, kesopanan dan adat yang diamalkan. Oleh yang demikian, paksi yang diketengahkan ini cukup lengkap dalam melahirkan mahasiswa yang gemilang selari dengan matlamat pendidikan UKM iaitu beretika dan berjati diri kebangsaan, berkepimpinan dan berkeyakinan.

Sebagai modus operandi untuk mencapai matlamat ini, kami di barisan PMUKM merangka penjenamaan semula PMUKM dari sudut dalaman dan luaran. Dari sudut luaran, kami berhasrat untuk menukarkan nama PMUKM kepada MPMUKM iaitu Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM bagi mengangkat martabat entiti ini selari dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa di universiti yang lain. Hal ini juga termasuk pembentukan logo baru yang mencerminkan imej UKM, pengenalan sistem biro serta penstrukturan manual pentadbiran dan kewangan MPMUKM. Langkah ini dilihat membawa maksud yang lebih signifikan dari segi pengkhususan fungsi sebagai persatuan mahasiswa induk.

Dari sudut dalaman, kami pihak PMUKM bercadang memperkenalkan sebuah kepimpinan berteraskan nilai integriti melalui penubuhan mini parlimen mahasiswa yang bersifat terbuka. Sistem mini parlimen mahasiswa bukan sahaja terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar sahaja, malah termasuk wakil daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i Kolej, Persatuan Anak Negeri, wakil mahasiswa antarabangsa sebagai pemerhati dalam proses persidangan PMUKM untuk memastikan perbincangan PMUKM lebih telus dan profesional.

Pembawaan kepimpinan sesi ini dalam menjana kepimpinan berkaliber dipayungi oleh 3 tonggak utama iaitu mahasiswa untuk mahasiswa, mahasiswa untuk masyarakat dan juga mahasiswa untuk negara. Bagi elemen mahasiswa untuk mahasiswa, barisan kepimpinan akan bersama-sama mahasiswa untuk menjadi timbal balik kepada pentadbiran universiti di samping menjadi agen penerangan antara mahasiswa dan pihak pentadbiran universiti bagi mewujudkan persefahaman antara kedua belah pihak. Selain itu, bagi elemen mahasiswa untuk masyarakat, kami akan merangka pelbagai program yang mampu menerapkan aspek tanggungjawab sosial bagi mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat sebagai persediaan sebelum mahasiswa terjun ke lapangan luar kampus. Seterusnya, bagi merealisasikan hasrat mahasiswa untuk negara, kami akan responsif dalam menyatakan pendirian mahasiswa terhadap dasar negara bagi memastikan pentadbiran negara berjalan seperti sepatutnya.


KEADILAN SOSIAL DAN PERMUAFAKATAN SEJAGAT

Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjangkau usia 41 tahun seharusnya menggambarkan sebuah imej kebangsaaan yang mewakili gambaran besar masyarakat Malaysia itu sendiri. Imej sebuah universiti kebangsaan juga menjadi suatu tanda aras kepada umum mengenai sejauh mana keberjayaan kerangka perpaduan dan kesepaduan yang wujud di kalangan mahasiswa universiti.

Keadilan sosial menjadi suatu asas dalam usaha menyemai persefahaman dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa berteraskan prinsip memenuhi keperluan demi kepentingan bersama. Keadilan sosial menitikberatkan kesaksamaan dalam pemberian hak tanpa mengira batasan tertentu, termasuklah dalam ruang lingkup perkhidmatan. Pihak PMUKM yakin sekiranya konsep ini terlaksana dengan baik, universiti kita mampu mewujudkan perpaduan yang mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat sejati antara kaum, budaya dan agama.

Konotasi permuafakatan daripada Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi takrifan kepada persetujuan dan persepakatan. Permuafakatan sejagat bermaksud persetujuan ataupun persepakatan terhadap perkara-perkara yang menjadi titik persamaan oleh sesuatu masyarakat dan dalam konteks ini masyarakat tersebut merujuk kepada masyarakat kampus.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. Peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan betapa pentingnya muafakat sebagai alat penyatuan tanpa mengira batasan kaum, ideologi dan latar belakang peribadi. Justeru, pihak PMUKM berusaha untuk mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan masyarakat mahasiswa dengan menumpukan kepada titik persamaan dan meraikan perbezaan yang wujud antara mereka.

Antara perkara yang boleh diusahakan dalam memanifestasikan kedua-dua maksud di atas ialah meningkatkan usaha dalam memupuk budaya Malaysia berasaskan nilai moral dan kepelbagaian budaya yang boleh diterima semua kaum. PMUKM perlu menggiatkan dialog dialog dan rundingan antara peradaban bagi mengukuhkan persefahaman. Pihak PMUKM turut melihat perlunya suatu usaha dalam menjamin peluang dan hak keadilan mahasiswa dalam membangunkan diri dan masyarakat. Justeru, batasan dan had yang menjadi limitasi dan penghalang perlulah diselesaikan terlebih dahulu agar harapan untuk mewujudkan permuafakatan yang sebenar dapat direalisasikan dengan jayanya. Oleh yang demikian, konsep keadilan sosial dan pemuafakatan sejagat ini adalah relevan.

Merujuk kepada tema yang dibawakan, kami sangat berharap agar wujudnya kebersamaan mahasiswa dan PMUKM dalam merealisasikan fungsi UKM secara sepenuhnya sebagai institusi untuk mencari kebenaran. Berbekalkan semangat anak muda dan kepercayaan yang diberikan, kami selaku barisan kepimpinan PMUKM pada sesi 2010-2011 menyeru kepada semua pihak agar dapat meningkatkan kefahaman dan keserasian berteraskan prinsip keadilan. Kita semua perlu bergerak seiringan dalam menyerlahkan kredibiliti dan keunggulan UKM sebagai sebuah universiti kebangsaan yang benar-benar berupaya mengilham harapan dan mencipta masa depan yang lebih baik. Perjuangan yang kita warisi ini merupakan perjuangan yang telah dimulakan oleh insan yang terdahulu. Justeru, ianya perlu diteruskan dalam rangka untuk mengangkat martabat negara di persada dunia.

PENGHARGAAN
Terima kasih kepada Y.Bhg Tan Sri Naib Canselor dan semua warga kampus. Pihak PMUKM berharap agar gagasan dan perancangan ini dapat direalisasikan demi kebaikan semua.

Saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun :

Bersahsiah tinggi berjiwa kekal,
Warga berbudi berakhlak budiman,
Paduan ilmu, iman dan amal,
Menjadi panduan insan idaman.

Sekian, terima kasih.