Wednesday, January 6, 2010

OPKIM ke-XIV (part 2)



18 DISEMBER 2009 (JUMAAT)

pameran kesihatan dan klinikal


derma darah

mini karnival

Malam kebudayaan : persembahan oleh ibu-ibu angkat

persembahan pelajar

19 DISEMBER 2009 (SABTU)

memasang memorial

gotong royong

Majlis Perasmian Penutup OPKIM

persembahan silat oleh penduduk setempat

sayonara!

Secara keseluruhanya, program OPKIM ke-14 telah berjaya dijalankan seperti yang dirancang. kesemua mahasiswa/i telah menimba pelbagai ilmu dan kenangan yang pastinya akan dikenang sepanjang waktu. Hubungan silaturrahim yang terjalin di antara mahasiswa/i dengan penduduk setempat dan juga keluarga angkat diharap akan terus dikekalkan sehingga akhir hayat. Semoga program OPKIM akan dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Sekian, terima kasih.



Tuesday, December 22, 2009

SELAMAT MAAL HIJRAH

Satu Muharram Detik Permulaan

Perkiraan Tahun Islam Hijrah

Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Pengumuman

TAMBAH GUGUR KHURSUS
- 21/12/2009 HINGGA 3/1/2010

GUGUR KHURSUS
- 4/1/2010 HINGGA 17/1/2010

PENGESAHAN PENDAFTARAN KHURSUS -
18/1/2010 HINGGA 24/1/2010

TARIK DIRI KHURSUS
- 18/1/2010 HINGGA 14/2/2010

Monday, October 12, 2009











PROGRAM "MASIH ADA YANG SAYANG" (MAYS)

Program anjuran PMFSKB dibawah portfolio Bahagian Hal Ehwal Siswi (BHES) ini telah dijalankan pada 3 Oktober 2009 (Sabtu). Program ini diadakan di Rumah Raudhatus Sakinah (RS) yang terletak di Sg. Buloh. RS merupakan penempatan bagi remaja puteri yang berusia antara 14 hingga awal 20-an yang terlibat dgn masalah sosial. Disini mereka diberi bimbingan dan dibantu dari segi membina semula keyakinan diri disamping diberi penekanan untuk memantapkan kerohanian mereka agar mereka lebih mengenali Pencipta dan sebagai bekalan untuk mereka kembali kepada masyarakat. Program ini disertai oleh 23 orang pelajar dan dirasmikan oleh Prof Madya Dr Ahmad Nazlim. Selain dari aktiviti dalam kumpulan, kami juga menyediakan satu slot ceramah motivasi yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Hidayatulfathi Othman. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sekian....

Wednesday, September 2, 2009