P.M.F.S.K
Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan UKM
Tuesday, April 16, 2013
Thursday, April 11, 2013
PERJUMPAA PMFSK BERSAMA PIHAK PENTADBIRAN FAKULTI SAINS KESIHATAN
PMFSK BERSAMA PIHAK PENTADBIRAN
Perbincangan antara PMFSK dan Pihak pentadbiran dikepalai oleh Muhammad Hazrin Husin, Timbalan Yang DiPertua2, wakil PMFSK.
Antara isu-isu yang berbangkit adalah isu akademik pelajar, HC, kemudahan prasarana dan yuran pengajian.
Pelajar tahun satu umumnya terkena kejutan budaya, hal ini kerana gaya dan sistem pembelajaran di Universiti berbeza dari suasana matrik dan persekolahan. Manakala anugerah dekan pula hanya akan diberikan kepada pelajar yang benar-benar cemerlang iaitu mendapat gred A- (3.7). Satu cadangan agar diraikan para pelajar yang mendapat anugerah dekan tersebut agar dapat menaikkan semangat rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan anugerah yang sama.
Berkaitan prasarana yang tidak memuaskan di fakulti, pihak pentadbiran menyarankan agar semua mahasiswa mengisi borang aduan secara online kerana ia lebih berkesan di smpweb.
Monday, February 25, 2013
BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA
PERHATIAN KEPADA PELAJAR FAKULTI SAINS
KESIHATAN
BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA
+ DI KAUNTER PEJABAT DEKAN
+ MULAI 25/2/2013 HINGGA 30/4/2013+PELAJAR PRASISWAZAH SILA RUJUK EN MOHD KHAIRUNNIZAM ARSHAD @ EN AMIR
HAMZAR ABDUL JA'AFFAR
+PASCASISWAZAH SILA RUJUK EN KHAIRUL ANWAR ABDUL RAHMAN
+BAWA KAD MATRIK BERSAMA
+ BAUCAR SAH SEHINNGA 31/5/2013
Saturday, December 29, 2012
Thursday, December 27, 2012
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA PELAJAR FSK...
untuk petua murah rezeki, kami bawakan khas untuk anda dari laman iluvislam sendiri..
khttp://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2227-20-amalan-murah-rezeki.html#.UNfJo6LEUGI.facebook
Tuesday, December 11, 2012
IMAM SYAFI’E
IMAM SYAFI’E 1...Menyebut nama beliau tiada yang terlintas di fikiran melainkan kehebatan yang telah dikurniakan kepada beliau iaitu daya hafalan yang sangat kuat. Sedikit perkongsian mengenai hidup beliau yang saya ingin kongsikan semoga kita dapat mencontohinya...
Pada satu
hari beliau meminta izin daripada ibunya untuk keluar menuntut ilmu di Madinah.
Ia merupakan kali pertama Imam Syafie keluar daripada tempat kelahirannya
Makkah dan mengembara untuk meluaskan ilmu.
Apabila tiba di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid
Nabawi dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau
terpandang satu majlis ilmu yang disampaikan oleh seseorang yang sangat hebat
dalam masjid tersebut. Orang tersebut sedang bersyarah di hadapan begitu ramai
anak-anak muda yang kesemuanya khusyuk mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik
yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah SAW.
Dengan langkah yang tertib, Imam Syafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan
duduk bersama murid-murid beliau. Imam Syafie lantas mengambil sebatang lidi
lalu membasahkannya dengan air liur. Kerana kehidupannya yang serba miskin,
beliau telah menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik di atas tapak
tangannya. Tanpa disedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.
Selesai pengajian, Imam Malik memanggil Imam Syafie untuk menegur beliau.
Sangkanya Imam Syafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malik
bertanya, "Apakah kamu berasal dari Makkah?" Jawab Imam Syafie,
"Benar". Imam Malik bertanya lagi, "Mengapakah engkau
bermain-main dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?" Jawab
Imam Syafie, "Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana
saya tidak ada kertas dan pena, segala yang tuan ajar saya tulis di atas tapak
tangan saya menggunakan lidi dan air liur untuk menghafalnya".
Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Syafie, beliau tidak menjumpai
sebarang tulisan pun. Beliau terus berkata, "Tetapi kenapa tapak tangan
engkau kosong sahaja?"
Kata Imam Syafie, "Benar tuan. Namun demikian, saya telahpun menghafal
kesemua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu".
Setelah beliau disuruh membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak
ada satu pun hadis yang tertinggal daripada 20 hadis yang diajar hari itu.
Perkara yang aneh ini belum pernah terjadi sebelumnya. Imam Malik begitu
tertarik hati dengan kebijaksanaannya.
2. Imam as-Syafie sangat mengutamakan
pengetahuan dan disiplin. Beliau
membahagikan waktu malamnya kepada tiga
bahagian:
i.1/3 malam untuk berehat.
ii.1/3 malam untuk menulis ilmu
pengetahuan.
iii.1/3 malam untuk
beribadat.
3. Imam al-Syafie pernah bersyair:
Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya ALLAH tidak diberikan kepada pelaku maksiat’
Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya
atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak
bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan
menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah.
Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah
akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya.
Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara
yang menyibukkan.”
Thursday, December 6, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)