Wednesday, January 20, 2010

ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT

ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT


1.1 Tujuan

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada warga UKM yang telah menyumbang kepada nama baik Universiti melalui aktiviti khidmat masyarakat di dalam dan luar UKM. Kedua-dua jenis Khidmat ini merangkumi 3 komponen utama (seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1):

i. Keahlian
ii. Khidmat
iii. Inovasi untuk Masyarakat

Khidmat yang berbayar mengikut perjanjian (perundingan) tidak diambilkira. Kerja yang diberikan honorarium akan diambilkira.


1.2 Syarat Penyertaan

1.2.1 Terbuka kepada semua kakitangan akademik dan bukan akademik UKM.

1.2.2 Pencalonan:

(i) Boleh dibuat berdasarkan tiga (3) kategori:

(a) Ahli Akademik (Kategori Individu)
(b) Pegawai Pengurusan dan Profesional serta Kakitangan Sokongan (Kategori Individu)
(c) Berkumpulan/Kerja Berpasukan

(ii) Calon bagi kategori (i)(a) dan (i)(b) hendaklah mengisi Borang Penyertaan Anugerah Khidmat Masyarakat (Kategori Individu) dan calon (i)(c) hendaklah mengisi Borang Penyertaan Anugerah Khidmat Masyarakat (Kategori Berkumpulan).

(iii) Calon kategori (i)(a) dan (i)(b) hanya perlu mencalonkan diri sendiri sahaja tanpa sokongan mana-mana pihak. Sebaliknya calon kategori (i)(c) hendaklah dicalonkan oleh Dekan, Pengarah atau Ketua Bahagian berkaitan.



1.3 Prosedur Pemilihan

1.3.1 PPKK akan mengedarkan borang penyertaan kepada semua Dekan, Pengarah atau Ketua Bahagian berkenaan.

1.3.2 Pemilihan penerima Anugerah Khidmat Masyarakat akan dibuat oleh Jawatankuasa Anugerah Khidmat Masyarakat yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat.

1.3.3 Penilaian dan keputusan Jawatankuasa Anugerah Khidmat Masyarakat adalah muktamad.


1.4 Kriteria Pemilihan

Penilaian adalah berdasarkan aspek berikut:

1.4.1 Jumlah dan jenis Khidmat Masyarakat (Khidmat kepada masyarakat dalam dan luar Universiti).

1.4.2 Masa yang diluangkan untuk penglibatan.

1.4.3 Usaha yang dijalankan untuk penglibatan.

1.4.4 Impak positif penglibatan kepada masyarakat dan UKM.

1.4.5 Sumbangan ilmu/kepakaran kepada masyarakat dalam dan luar UKM.


1.5 Kategori Anugerah

Tiga (3) kategori anugerah akan diberikan seperti berikut:

(a) Kakitangan Akademik

(b) Kakitangan Bukan Akademik

(c) Berkumpulan/Kerja Berpasukan


1.6 Jenis Anugerah

Wang tunai dan Sijil.




1.7 Maklumat Kepada Calon

i. Calon kategori perseorangan dikehendaki mengisi Borang A: AKTIVITI KHIDMAT BAGI TAHUN ____ Calon Kategori Berkumpulan dikehendaki mengisi Borang B.
ii. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan dokumen atau bukti aktiviti tersebut bagi tujuan pengesahan oleh jawatankuasa pemilih.
iii. Pemilihan pemenang Anugerah Khidmat Masyarakat akan dibuat berdasarkan maklumat yang diberikan dan temubual yang bakal dibuat dengan calon-calon yang disenaraipendek untuk menerima anugerah tersebut. Temubual ini dibuat untuk membolehkan jawatankuasa pemilih meniliti dan menilai kualiti khidmat masyarakat yang diberikan.
iv. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.


DAPATKAN BORANG PENYERTAAN DAN MAKLUMAT LANJUT DI http://pkukmweb.ukm.my/ppkk/doc/ANUGERAH%20KHIDMAT%20MASYARAKAT.pdf

BORANG PENYERTAAN HENDAKLAH DIHANTAR KE PEJABAT DEKAN SEBELUM 30 JANUARI 2010 UNTUK DIPROSES TERLEBIH DAHULU..

SESIAPA YANG MEMPUNYAI MASALAH UNTUK MEMBUKA WEB, BOLEH HUBUNGI IRNI UNTUK MAKLUMAT LANJUT (irny_na@y.c, 014-5157141)
sekian..

Tuesday, January 19, 2010

PERHATIAN!

KEPADA SEMUA PELAJAR ANDA BOLEH MEMBUAT PENGESAHAN KURSUS BERMULA PADA 18 SEHINGGA 24 JANUARI 2010...



Sunday, January 17, 2010

KEJOHANAN PIALA DEBAT GLOKAL INTERFAKULTI UKM


TARIKH
6-7 MAC 2010


TEMPAT
DEWAN SERBAGUNA KOLEJ TUN SYED NASIR


ANJURAN
PORTFOLIO BAHAGIAN HAL EHWAL SISWI DAN PORTFOLIO KEBAJIKAN,
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI SAINS KESIHATAN BERSEKUTU,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA
“INTEGRITI GLOKAL PENCETUS KESINAMBUNGAN MODAL INSAN TERBILANG”



*sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi

:Nurul Aziemah Exco Program I019-2547004
:Sharifah Sarah Exco Protokol I019-4523979






Thursday, January 14, 2010

LAWATAN MESRA PMFSKB






TARIKH :
3 JANUARI 2010 ( ahad )



MASA :
8 pagi - 5 petang



TEMPAT :
Bilik Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi
Taman Paku Pakis,UKM



''Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, tak lupa juga kepada adik-adik forensik tahun satu dan dua yang meluangkan masa untuk memberi ruang dan peluang kepada PMFSKB untuk berkenalan dan mengetahui sebarang perkara berkaitan .Diharapkan dengan program lawatan balas dari pihak PMFSKB kepada PMFST, hubungan ukhuwah yang terjalin berkekalan sehingga pimpinan yang seterusnya. "


Thursday, January 7, 2010

OPKIM ke-14 (part 1)

Pada 15 hingga 19 disember 2009 telah diadakan program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) ke-14 anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (PMFSKB). Seramai 116 orang mahasiswa/i FSKB dan Fakulti Farmasi telah menjayakan program OPKIM di Taiping Perak Darul Ridzuan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Antaranya:


15 DISEMBER 2009

sebelum bertolak ke Taiping

sessi pengagihan anak angkat

Majlis Perasmian Pembukaan OPKIM ke-14


16 DISEMBER 2009 (RABU)

senamrobik

pemeriksaan kesihatan

Bangkel Akademik: sekolah menengah

Ceramah Kerjaya bersama KMPP

Forum Bicara Siswa


17 DISEMBER 2009 (KHAMIS)

Bengkel Akademik: sekolah rendah

Sukan Rakyat

ceramah agama sempena Maal Hijrah


Wednesday, January 6, 2010

OPKIM ke-XIV (part 2)



18 DISEMBER 2009 (JUMAAT)

pameran kesihatan dan klinikal


derma darah

mini karnival

Malam kebudayaan : persembahan oleh ibu-ibu angkat

persembahan pelajar

19 DISEMBER 2009 (SABTU)

memasang memorial

gotong royong

Majlis Perasmian Penutup OPKIM

persembahan silat oleh penduduk setempat

sayonara!

Secara keseluruhanya, program OPKIM ke-14 telah berjaya dijalankan seperti yang dirancang. kesemua mahasiswa/i telah menimba pelbagai ilmu dan kenangan yang pastinya akan dikenang sepanjang waktu. Hubungan silaturrahim yang terjalin di antara mahasiswa/i dengan penduduk setempat dan juga keluarga angkat diharap akan terus dikekalkan sehingga akhir hayat. Semoga program OPKIM akan dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Sekian, terima kasih.